Monday, 11 April 2011

LAWATAN KE PUSAT NELAYAN dan PEMBUATAN BOT DI TERENGGANU 3

                             DISINILAH BOT2 NELAYAN DIBAIKI DAN DI NAIK TARAF
BOT yang rosak tadi akan dinaikan ke darat untuk dibaiki. kerja2 ini memakan masa yang lama 
disebabkan cara pembaikan nya yang memang 'old school' dan sangat teliti...

gambar menunjukkan bilah kipas yang rosak tersadai...dan menunggu masa untuk dijual kepada penjual besi buruk

LAWATAN KE PUSAT NELAYAN dan PEMBUATAN BOT DI TERENGGANU 2

DI TEMPAT PEMBUATAN BOT TADI
kami sedang bersama dengan bot idaman nelayan
satu
dua
BESAR PUNYERRRRRRR!!!!!!!!!!!!!!!!!
pandangan belakang bahagian bot tadi
pandangan dari belakang bot...kebanyakan bot ini mengunakan kayu cengal, 
bot ini digunakan untuk nelayan laut dalam..cayok aaa ore pulau duyung lh buat bot sebesar nie

LAWATAN KE PUSAT NELAYAN dan PEMBUATAN BOT DI TERENGGANU 2

DESTINASI PERTAMA KAMI KE PULAU DUYONG
KE TEMPAT PEMBUATAN BOT NELAYAN



kayu-kayu yang akan digunakan untuk membuat bot akan di keringkan terlebih dahulu..
kayu dikeringkan supaya air di dalam kayu tersebut  tersejat, oleh itu ketahan kayu akan dapat 
ditingkatkan dari mudah mereput

contoh kayu yang sentiasa digunakan untuk membuat bot ( kayu cengal atau kayu balau )
         gambar menunjukkan pekerja sedang menyiapkan bahagian bawah bot

 bahagian bawah bot semasa proses pembinaan

                                                             bahagian depan bot
 pengapit besi digunakan untuk melentur kayu mengikut alur bot..proses ini memakan masa..kayu yang lentur akan dipasang pasak supaya lebih teguh bot tersebut

Sunday, 10 April 2011

LAWATAN KE PUSAT NELAYAN dan PEMBUATAN BOT DI TERENGGANU 1

SINGGAH jap di rumah lame pulau duyong...alang2 mari kan,ala cm mlncong plaknya..ha3




INILAH RUMAH melayu lama PULAU DUYONG


POSING2 ckit...he3


lompat cikt..ha3


                alat2 tradisional nelayan di dalam rumah lame nie


RUMAH lame ini di bina semula oleh kerajaan negeri sebagai monumen bersejarah di pulau DUYONG



Wednesday, 6 April 2011

LAWATAN KE PUSAT NELAYAN DAN PEMBUATAN BOT DI TERENGGANU 1


DESTINASI PERTAMA : ke pulau duyung

singah jap disini....he3

di sinilah kami dapat melihat dengan mata sendiri tempat pembuatan bot tradiisional terengganu

memang old school lar cara pembuatan bot disini

 seterusnya kami ke jeti nelayan, di sini kami berhenti di

di tempat inilah kami dapat melihat cara2 membaiki bot nelayan..seterusnya kami ke

disini lah pembuatan kapal2 moden di buat ; contohnya kapal umt.. u kite kan..he3
cuaca yg panas pde ari tersebut tdak mematahkan semngat kami untuk melakukan tnjaun 
di pulau duyong

Monday, 4 April 2011

Transformasi Isteri Nelayan 2

kunita
                  contoh  hasil2 kraf isteri2 nelayan (KUNITA-kump wanita nelayan) 


sungguh kreatif dan gigih mencari rezeki...
koang tau ape dlm plastik tu? koang tau die wat ape ngan benda tuh???
mcm2 leh wat tau.. dr perhiasan, bunga, souveniers dll

itu adalah SISIK ikan ok!


dr surat khabar lama... kreatif kan???



suami mengerah peluh di lautan, isteri mewarnai industri kraf negara!





Usahawan kerapu dan siakap sangkar

ENCIK JOHARI BOLEH DI JADIKAN MENTOR PARA NELAYAN DALAM PETERNAKAN 
                                                    IKAN SANGKAR
               ANAK-ANAK ikan siakap turut dijual Johari kepada penternak lain pada harga RM1.20 seekor
SEBELUM bergiat aktif sebagai pengusaha ternakan ikan marin dalam sangkar, Johari Awang Besar langsung tidak dapat membezakan rupa di antara ikan kerapu dan siakap.
Namun, 20 tahun kemudian, beliau layak digelar jutawan kerapu kerana ternakan ikan air payau itu berjaya mengubah kehidupannya dengan meletakkan beliau sebagai usahawan akuakultur bumiputera yang berjaya.
Hari ini, Johari, 50, anak tempatan berasal dari Jertih, Besut, Terengganu memiliki 85 sangkar ikan yang mampu memberi pulangan sekurang-kurangnya RM20,000 sebulan.
Bagaimanapun, apa yang dikecapi Johari hari ini bukan diperoleh dengan mudah.

Bermula dari bawah

                                         JOHARI kini antara pembekal  siakap dan ikan kerapu utama di Terengganu. 

SIAKAP
Beliau yang sebelum itu bekerja dengan sebuah syarikat tempatan terpaksa beralih arah mencari rezeki di tempat lain setelah syarikat itu tidak mampu lagi bertahan apabila negara dilanda kegawatan ekonomi.
Johari bagaimanapun berkata, beliau percaya sektor perikanan dan penternakan ikan sangkar yang masih belum banyak diceburi usahawan tempatan pada masa itu, bakal memberi pulangan lumayan.
Bagaimanapun, sebelum mula membuka ternakan sendiri dia terlebih dahulu bekerja dengan pengusaha lain.
Menurut Johari, lewat tahun 1980-an beliau mula bekerja dengan penternak ikan sangkar yang lain.
"Saya diberi gaji sebanyak RM300 sebulan. Memang jumlahnya kecil tetapi daripada situlah saya mula kenal jenis-jenis ikan dan belajar selok-belok penternakan ikan siakap dan aspek pasarannya," katanya.
Setelah mengumpul ilmu dan pengalaman, dalam masa dua tahun Johari membuka kolam ternakan ikan sangkar pertamanya di Kampung Gong Batu, Setiu, Terengganu.
Pembekal kerapu dan siakap

Bertitik-tolak daripada situ, beliau mengusahakan kolam sendiri dan usahanya mula menampakkan hasil dengan sekurang-kurangnya lapan kolam ternakan baru dibuka setiap tahun.

Selain kerapu, beliau turut menternak spesies siakap putih. Benih kerapu juga diasuh di lapan kolam miliknya bagi menjamin bekalan berterusan.

Aktiviti itu melibatkan anak-anak ikan bersaiz satu inci yang dibeli pada harga 22 sen seekor daripada penduduk tempatan yang menjualnya sebagai pendapatan tambahan.

"Dalam tempoh sebulan, anak-anak ikan ini akan mencapai saiz lima inci dan sedia untuk dimasukkan ke dalam sangkar. Selain kegunaan sendiri, benih bersaiz lima inci akan dijual kepada penternak lain pada harga RM1.20 seekor," katanya.

Beliau mampu mengeluarkan 28,000 ekor benih dalam tempoh sebulan dan boleh dianggap sebagai pembekal utama benih siakap di Terengganu.
Dibantu lima pekerja, beliau kini mempunyai 13 kolam asuhan dan 85 petak sangkar ternakan ikan siakap berkeluasan 2,000 meter persegi. Kesemuanya dibina dengan modal sendiri yang mencecah RM1 juta.
Bagaimanapun beliau juga menghadapi cabaran dan pernah kerugian ratusan ribu ringgit setelah ikan peliharaannya mati akibat kawasan ternakan dicemari air banjir.
"Ikan jenis ini amat sensitif dan mudah mati jika terdedah kepada air tawar. Ia juga perlu dijaga dengan teliti kerana mudah terkena penyakit," katanya.
Ternakan diberi makanan rumusan dan ikan baja berkualiti bagi menjamin tumbesaran yang baik.
"Sekurang-kurangnya tempoh lapan hingga sembilan bulan diperlukan untuk membolehkan ternakan dipasarkan sekitar berat antara 500 dan 600 gram seekor.
"Saya menjualnya kepada pemborong tetap, restoran dan pasar di sekitar Terengganu dan Kelantan pada harga RM14 sekilogram. Selain itu, saya juga mula memasuki pasaran Pantai Barat," katanya.
Johari juga menjadi pemborong utama hasil laut tangkapan penduduk setempat yang rata-ratanya bekerja sebagai nelayan.
Usaha keras dan komitmennya turut diiktiraf oleh kerajaan apabila beliau dianugerahkan Usahawan Ikan Jaya Kategori Air Payau dalam sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Kebangsaan 2009 sebelum ini.

TIMBALAN Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd. Johari Baharom (tiga dari kiri) turut melawat kawasan penternakan ikan siakap dan kerapu milik Johari.
  
KERAPU