contoh pamplet kunita
Transformasi Isteri Nelayan
Benar kata pepatah, “tangan yang menghayun buaian itu bisa menggoncang dunia”. Sentuhan tangan seorang ibu telah melahirkan para pemimpin yang ada pada hari ini. Tidak hairan jika kita katakan bahawa wanita adalah penyumbang yang amat besar kepada tamadun dunia. Secara zahirnya wanita dilihat lemah dan lembut tetapi dengan sifat yang ada pada mereka ini tidak menggambarkan bahawa semua kerja dan tanggungjawab yang berat tidak boleh dipikul oleh mereka. Sebaliknya apa yang dilakukan oleh mereka kadang-kadang lebih hebat daripada kaum Adam. Sejajar dengan pengiktirafan ini, bagaimana kita perlu mentransformasikan isteri nelayan.
Wanita nelayan kini telah mula berani untuk melangkah menceburi bidang perniagaan terutama dalam menghasilkan produk-produk pemerosesan hasil perikanan, perkhidmatan seperti jahitan, catering, homestay dan kraftangan. Wanita nelayan melalui pertubuhan Kumpulan Wanita Nelayan (KUNITA) telah berlumba-lumba menjalankan aktiviti terutamanya aktiviti ekonomi untuk menambahkan pendapatan bagi meringankan beban keluarga. Identiti KUNITA telah dikenali dan menjadi agenda utama LKIM melalui Persatuan Nelayan untuk melahirkan seberapa ramai usahawan dari kalangan KUNITA yang menghasilkan produk-produk perikanan.
Hakikatnya walaupun produk KUNITA saban hari semakin meningkat, namun begitu kelemahan di peringkat pemasaran amat terasa sekali dan jauh ketinggalan di banding dengan produk-produk yang dihasilkan oleh pengusaha-pengusaha individu tempatan. Hasrat untuk memperluaskan pemasaran produk-produk KUNITA ke pasaraya tidak dapat dilaksanakan memandangkan kebanyakan produk KUNITA tidak memenuhi standard yang ditetapkan terutamanya dari segi kualiti, kuantiti dan pengeluaran berterusan serta keselamatan makanan yang perlu mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan.
Justeru pelbagai usaha telah dilakukan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia untuk membantu KUNITA ini bagi mempergiat dan memperbesarkan pasaran mereka dengan menyediakan bengkel untuk menjalankan aktiviti ekonomi dan mempromosikan produk mereka seperti di Ekspo, gerai jualan sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan peringkat negeri dan kebangsaan serta pameran/ pesta seperti Jom Heboh dan lain-lain. Apa yang membanggakan ada di kalangan KUNITA yang gigih dan terus berusaha untuk memasarkan produk mereka walaupun terdapat halangan-halangan yang terpaksa dihadapi. Contohnya terdapat hasil produk KUNITA telah menembusi ke pasaran luar negara seperti KUNITA Kongkong Laut menjual produk makanan ringan ke Dubai dan Singapura, KUNITA Miri menghasilkan belacan yang bermutu dan dapat menjualnya ke Brunei, KUNITA Pahang telah dapat menghasilkan kraftangan mengkuang dengan menembusi pasaran ke Singapura, Thailand dan Taiwan.
Penyertaan wanita nelayan dalam perniagaan melalui KUNITA sekurang-kurangnya dapat mengubah tanggapan masyarakat bahawa wanita nelayan tidak lagi terbelenggu dengan pemikiran yang negatif dan telah menjadi wanita yang cekal dan bersaing dengan Kumpulan Wanita yang lain. Isteri nelayan telah memainkan peranan yang penting bagi kemajuan dan menaik taraf tahap kehidupan nelayan. Para isteri hendaklah membuka minda mereka dan tidak hanya menumpukan kepada kerja rumah tangga semata-mata. Mereka juga memikul tanggungjawab untuk mencari rezeki untuk keluarga di samping menjunjung tugasan sebagai ibu dan isteri. Antara peranan yang dimainkan oleh isteri-isteri nelayan boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu:-
i) Peranan sebagai membantu menjana ekonomi keluarga.
ii) Peranan sebagai penghasilan tenaga modal insan.
ii) Peranan sebagai penghasilan tenaga modal insan.
Peranan Sebagai Membantu Menjana Ekonomi Keluarga.
Selain seharian menjalankan tugasan di rumah, isteri yang bijak dalam pengurusan masa masih mampu untuk bergaul dengan masyarakat setempat. Dari situ wujudnya aktiviti-aktiviti dan program-program wanita yang boleh menyatukan mereka dalam satu suasana ceria. Mereka akan menubuhkan persatuan atau perkumpulan wanita untuk menggerakkan kumpulan mereka ke arah kemajuan masyarakat dan negara.
Banyak ilmu dan maklumat berguna diperolehi oleh surirumah yang disalurkan melalui persatuan terutama sekali yang melibatkan aktiviti ekonomi. Contohnya Kumpulan Wanita Nelayan (KUNITA), Kumpulan Pembangunan Wanita (KWP), Koperasi Wanita dan Lain-lain.
Penubuhan persatuan seperti KUNITA banyak memberi manfaat kepada kaum wanita dengan penglibatan melalui aktiviti ekonomi seperti bengkel membuat bebola ikan, udang dan ketam, membuat kraf tangan daripada hasil laut, program usahawanita di mana memberi khidmat bimbingan untuk memasarkan produk yang dikeluarkan oleh ahli persatuan. Keuntungan yang diperolehi dari hasil jualan ini juga akan dibahagi-bahagikan kepada isteri nelayan dan seterusnya dapat meningkatkan pendapat keluarga nelayan.
Peranan Sebagai Penghasilan Tenaga Modal Insan.
Modal insan adalah elemen paling kritikal dalam mencapai misi nasional. Proses globalisasi yang berkembang memerlukan masyarakat untuk meningkatkan daya saing dan daya tahan Negara. Bagi mencapai hasrat ini, masyarakat harus menggunakan segala modal insan yang ada dengan cekap dan berkesan. Ini menuntut penggemblengan semua sumber tenaga manusia yang ada, termasuk sumber tenaga wanita atau isteri nelayan. Dengan itu, pembangunan modal insan, termasuk memperkasa peranan isteri nelayan, harus dijadikan teras utama.
Para isteri nelayan ini berperanan memainkan tugas yang penting untuk mendidik anak-anak dan masyarakat menjadi insan yang berguna pada negara. Anak-anak yang dibesarkan dengan didikan yang sempurna akan menjadi penggerak yang positif kepada masyarakat nelayan untuk maju mengikut arus perdana. Walaupun banyak program telah memanfaatkan golongan wanita yang daif dan miskin di negara ini, masih ada ruang bagi kita untuk mempertingkatkan mutu hidup golongan ini supaya tidak tersasar daripada arus pembangunan. Sumbangan isteri nelayan kepada perkembangan ekonomi negara perlu diberi pengiktirafan sewajarnya.
Kemajuan negara bergantung kepada masyarakatnya. Masyarakat yang berilmu, bersikap dinamis dan beretika mulia adalah fakta penentu pembangunan sosioekonomi negara. Dalam usaha untuk membentuk satu masyarakat nelayan harus diberi peluang untuk memainkan peranan yang lebih penting dan aktif dalam pertumbuhan ekonomi negara. Dalam usaha-usaha untuk memupuk ciri-ciri kecemerlangan di kalangan generasi muda, para isteri, sebagai ibu mampu dan harus memupuk corak hidup anak-anak mereka dengan lebih berkesa
Justeru itu, isteri-isteri nelayan di kawasan pantai juga perlu diberi persediaan yang cukup untuk menghadapi cabaran yang kian bersifat moden. Cabaran-cabaran ke atas wanita sebagai isteri dan ibu dalam keluarga, sebagai pemimpin dan penggerak ekonomi negara akan menjadi lebih mencabar. Hanya wanita yang peka kepada perubahan alam sekeliling dan yang sentiasa berusaha ke arah peningkatan pengetahuan dan kemahiran sahaja akan dapat mengatasi cabaran-cabaran tersebut. Peranan ibu bapa dan institusi keluarga juga akan menjadi lebih kritikal dalam menentukan kesejahteraan hidup
No comments:
Post a Comment