TEKNOLOGI

Teknologi perikanan
Echo Sounder 
» Pengenalan
·         Echo Sounder mula diperkenalkan di Malaysia pada pertengahan tahun enam puluhan. Kegunaan echo sounder oleh nelayan amat kurang tetapi dalam beberapa tahun ini nelayan-nelayan di Pulau Pangkor, Mersing, Pulau Langkawi, Pulau Ketam dan Perlis telah mula menggunakan echo sounder. Alat ini kebanyakkan digunakan oleh bot-bot besar seperti bot pukat tunda dan pukat jerut.
  
»  Fungsi dan Keberkesanan Echo Sounder
  Pada amnya echo sounder adalah salah satu peralatan perikanan yang digunakan untuk mengetahui:
·         Kedalaman air
·         Keadaan dasar laut
·         Kedudukan ikan
·         Tempat-tempat baru kawasan penangkapan ikan

Selain dari itu ia juga sesuai bagi menjalankan operasi menangkap ikan dengan menggunakan alat tangkapan yang tertentu seperti:

 PUKAT TUNDA
·         » Menentukan panjang tali tunda yang akan digunakan setelah mengetahui kedalaman air
·         » Membezakan antara dasar laut dengan ikan ataupun udang
·         » Membantu nelayan menangkap ikan secara 'tactical fishing' iaitu di kawasan operasi yang kedalaman airnya sama
·         » Mengelakkan halangan-halangan seperti batu karang, kapal karam dan sebagainya supaya pukat tidak tersangkut atau rosak
PUKAT JERUT
·         Juruselam tidak diperlukan untuk mengetahui kedudukan ikan
·         Menjimatkan masa untuk mengetahui ikan yang terdapat di bawah unjam
·         Mengesan ikan supaya dapat meletakkan rakit berlampu di kawasan yang terdapat kumpulan-kumpulan ikan
BUBU, RAWAI DAN PANCING
·         » Mengetahui dasar laut yang berbatu dan topografi yang sesuai untuk meletakkan bubu, rawai atau pancing
·         » Mengetahui kedalaman air untuk menentukan panjang tali bubu, rawai atau pancing
PUKAT HANYUT
·         Mengesan ikan dan melabuhkan pukat di hadaspan ikan yang bergerak menentang arus.
   
» Jenis-jenis Echo Sounder
Terdapat lebih kurang 25 jenama echo sounder dalam pasaran di seluruh dunia pada masa kini. Kebanyakan jenama-jenama ini mempunyai model-model yang menggunakan perakam samaada kertas pencatat atau skrin pemancar katod (Cathode ray tube screen). Sejak kebelakangan ini terdapat ramai nelayan-nelayan di Malaysia telah menggunakan echo sounder daripada berbagai jenama bagi memudahkan mereka menjalankan operasi menangkap ikan setelah mengetahui kebaikan dan keberkesanan penggunaan echo sounder ini.

» Bahagian Echo Sounder dan Peranan Setiap Bahagian
  PEMANCAR
Gelombang elektrik dikeluarkan.
TRANSDUSER
Gelombang elektrik ditukarkan kepada gelombang bunyi sebelum dipancarkan ke dalam air.Apabila gelombang ini melanggar sesuatu benda seperti kumpulan ikan dan dasar laut ia akan dibalikkan lalu diterima semula oleh transduser dan ditukar semula kepada gelombang elektrik.
PENERIMA
Gelombang elektrik diterima dan diperbesarkan supaya dapat dirakam.

PERAKAM
Semua maklumat yang diterima akan direkod di atas kertas pencatat atau pada skrin pemancar katod .