Sunday 3 April 2011

ISU NELAYAN ; KEWAJARAN PENGGUNAAN PUKAT TUNDA


Nelayan Terengganu mahu Program Beli Balik Bot Pukat Tunda
Langkah Jabatan Perikanan untuk mengurangkan jumlah bot pukat tunda melalui program khas "Exit Plan" bagi menangani kemerosotan sumber perikanan pantai telah menunjukkan hasil memberangsangkan, kata Ketua Pengarah Perikanan Datuk Junaidi Che Ayub.
                                     CONTOH BOT PUKAT TUNDA


Katanya, melalui program berkenaan yang diperkenalkan tahun lepas, Jabatan Perikanan akan membeli semula bot pukat tunda berserta dengan lesennya sekali dari pengusaha atau pemilik bot.

Ekoran kejayaan program Exit Plan itu, nelayan di Perak dan Terengganu telah memohon ia dilaksanakan di tempat mereka tetapi jabatan terpaksa menangguhkannya kerana kehabisan peruntukan.

Katanya, program berkenaan dijangka akan diteruskan semula sebaik sahaja mendapat peruntukan baru dalam Rancangan Malaysia Ke-10.


"Sejak program berkenaan dijalankan, sebanyak 80 buah bot pukat tunda milik nelayan di Kedah telah berjaya dibeli oleh pihak jabatan.

"Program berkenaan telah menunjukkan kesan yang sungguh menarik dan mendapat sokongan di kalangan nelayan tradisional," katanya kepada pemberita selepas merasmikan bangunan Institut Penyelidikan Perikanan (FRI) Kampung Acheh, semalam.

Junaidi berkata pendapatan nelayan tradisional di kawasan program perintis projek berkenaan di Kedah semakin bertambah selepas bot pukat tunda tidak lagi beroperasi.

"Pembelian bot serta lesen itu sekaligus telah mengurangkan operasi bot pukat tunda yang sebelum ini dilihat meninggalkan kesan tidak baik terhadap stok ikan di laut," katanya.

Sementara itu, institut berkenaan yang dibina dengan kos RM5.5 juta akan berfungsi sebagai sebuah pusat kecemerlangan penyelidikan perikanan tangkapan.


KEWAJARAN PIHAK KERAJAAN MENGURANGKAN PENGGUNAAN BOT PUKAT TUNDA ADALAH TINDAKAN BIJAK, DENGAN INI JUMLAH ANAK-ANAJ\K IKAN HIDUP  AKAN LEBIH TINGGI

No comments:

Post a Comment