BETONG: Tempoh memperbaharui lesen bot atau sampan milik nelayan dilanjutkan kepada tiga tahun berbanding setahun buat masa ini.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar, berkata keputusan itu selepas kementerian menerima banyak rungutan daripada masyarakat nelayan mendakwa menghadapi kesukaran berikutan tempoh sah laku lesen dianggap terlalu singkat.
Beliau berkata, keadaan itu turut menyebabkan mereka gagal mendapat bantuan subsidi diesel berikutan lesen bot sudah tamat tempoh atau gagal diperbaharui.
Menurutnya, faedah lain termasuk skim insurans untuk nelayan bagi memberi perlindungan dan membela nasib golongan itu jika mereka gagal ke laut akibat sakit atau dilanda musibah.
“Melalui skim ini, nelayan dan keluarga mereka mendapat lebih perlindungan, sebagai contoh, jika sakit atau rumah terbakar, pampasan akan diberikan secara terus oleh syarikat insurans.
“Secara tidak langsung mengurangkan masalah dihadapi nelayan, bayaran dikenakan juga tidak membebankan dan dibuat melalui potongan RM10 sebulan,” katanya.
KAMI : menyokong benar tindakan yg diambil kerajaan ini.. dengan ini semua nelayan dapat menikmati pemberian subsidi yg diberikan oleh kerajaan.
Salam Bro..aku nak tau berapa modal nak keluar kalau nak beli bot dan pukat tunda..apa peralatan yg kena ada tuk membolehkan aku jadai nelayan pukat tunda..tq bro..kalau boleh a.s.a.p
ReplyDelete