Sunday 3 April 2011

ISU NELAYAN ; PENGGUNAAN PUKAT PARI


Denda RM20,000 Atau Penjara Guna Pukat Pari 
 
Nelayan yang menggunakan pukat pari di kawasan pendaratan penyu yang menjadi kawasan larangan boleh dikenakan denda sehingga RM20,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Pengarah Jabatan Perikanan Terengganu Zakaria Ismail berkata sebarang kegiatan menangkap ikan di kawasan larangan adalah satu kesalahan mengikut Peraturan-peraturan Perikanan 1991.

"Kita hendak maklumkan kepada semua nelayan kerana kita dapati ramai lagi nelayan di negeri ini tidak memahami (peraturan) dan menjalankan aktiviti di kawasan larangan," katanya di Kuala Terengganu.


Zakaria berkata pihaknya banyak menerima aduan daripada pemajak-pemajak telur penyu tentang kegiatan nelayan pukat pari atau pukat hanyut dalam kawasan pendaratan penyu di Terengganu terutamanya Rantau Abang dan Mercang.

Beliau berkata ekoran itu Jabatan Perikanan mengambil tindakan dan berjaya merampas lapan bidang pukat pari dalam operasi di kawasan pantai Pasir Puteh, Mercang 4 Julai lepas.

"Kita dapati mata pukat hanyut itu bersaiz lebih 10 inci, melebihi daripada saiz yang dibenarkan iaitu 10 inci ke bawah," katanya.
         CONTOH PUKAT PARI YANG DIRAMPAS OLEH JABATAN PERIKANAN

Zakaria berharap nelayan-nelayan atau mereka yang berkepentingan memahami peraturan Jabatan Perikanan itu.

Beberapa orang nelayan di Mercang, Marang semalam melahirkan rasa tidak puas hati kerana Jabatan Perikanan merampas pukat mereka.

No comments:

Post a Comment