PERALATAN


CARA-CARA MENANGKAP IKAN DI LAUT

Pukat Tarik

  • Diturunkan ke dalam laut untuk mengepung ikan yang banyak.
  • Satu hujung pukat ditarik nelayan ke pantai dan satu hujung lagi ditarik oleh nelayan di dalam bot.
  • Ikan terperangkap dalam pukat - biasanya ikan bilis ditangkap menggunakan cara ini.

Pukat Tangkul
  •  Berbentuk segi empat sama.
  • Gunakan unjang untuk tarik perhatian ikan supaya berkumpul.
  • Bila ikan berkumpul dengan banyaknya - satu unjang baru akan diturunkan dan ikaa-ikan akan   bergerak ke arah unjang baru yang di bawahnya ada pukat.
  • Pukat ditarik ke atas dengan menggunakan keempat-empat penjurunya.

Kelong
  • Pancang dan kayu yang dipacak berbaris dihujungnya ada perangkap / jaring.
  • Tidak digunakan di pantai timur kerana laut bergelora.

Pukat Hanyut
  • Direntangkan dalam laut seperti jaring badminton.
  • Ikan yang berenang kearah pukat akan terperangkap bila kepalanya tersangkut di mata pukat.
  • Biasa digunakan oleh nelayan di pantai timur.

Pukat Pompang
  • Dipasang di muara sungai.
  • Semasa air pasang ikan akan berenang mengikut aliran air dan terperangkap dalam pukat.

Pukat Tunda
  • Pukat yang besar - berbentuk seperti beg dan mulutnya terbuka luas.
  • Digunakan oleh nelayan laut dalam / dasar laut.