PENGENALAN

Nelayan merujuk kepada mereka yang mencari pendapatan dengan menangkap ikan atau hidupan laut termasuk siput dan rumpairlaut. Pendapatan mereka dari aktiviti menangkap ikan adalah lebih banyak dari aktiviti lain.
Ada beberapa istilah berkaitan dengan nelayah. Antaranya ialah :
  • Tekong - ketua membawa bot
  • Awak-awak - para pekerja dalam bot
  • Peraih - pembeli ikan di jeti dan menjual ke tempat lain
  • Tauke - tuan punya bot dan pukat
  •  

 

 

Kategori

Di Malaysia, nelayan di bahagi kepada 2 kategori iaitu nelayan pantai dan nelayan laut dalam. Perbezaan kategori ini terletak pada jenis alat tangkapan dan jarak jauh kawasan tangkapan mereka dari pantai. Di negara-negara membangun seperti di Asia Tenggara atau di Afrika, masih banyak nelayan yang menggunakan peralatan yang sederhana dalam menangkap ikan. Nelayan di negara-negara maju seperti Jepun biasanya menggunakan peralatan moden dan kapal yang besar yang dilengkapi teknologi canggih.

Persatuan Nelayan

Di Malaysia, sebuah badan telah ditubuhkan untuk menjaga kebajikan nelayan iaitu Persatuan Nelayan (PN). Badan tersebut bersikap bebas kerana dipimpin oleh barisan pemimpin nelayan yang dilantik oleh nelayan sendiri melalui Mesyuarat Agong Tahunan. Terdapat 3 jenis PN iaitu :
  • Persatuan Nelayan Kawasan
  • Persatuan Nelayan Negeri
  • Persatuan Nelayan Kebangsaan.
Bagi memastikan PN berjalan mengikut landasan yang betul, kerajaan telah melantik agensi Kerajaan iaitu Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) sebagai pendaftar persatuan nelayan. 

PERIKANAN DI MALAYSIA


  •  Malaysia di kelilingi laut cetek yang kaya dengan ikan - Pelantar sunda.
  •  Pekerjaan yang penting bagi penduduk di kawasan pantai. Nelayan berkemahiran kerana ia pekerjaan tradisi. Sumber protein yang murah dan mudah didapati. Hasil tangkapan cukup untuk keperluan tempatan.
  • Malaysia ada mengekspot udang ke Singapura, Negeri Thai, United Kingdom dan Jepun.
  • Perikanan dimajukan lagi melalui LKIM (Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia) dan FAMA - pasarkan. 

KEPENTINGAN PERIKANAN
  •  Sumber protein yang murah dan mudah didapati.
  • Peluang pekerjaan sambilan untuk tambah pendapatan.
  • Peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan seperti nelayan, membuat bot, jala, pukat, alat menangkap dan memproses ikan.
  • Negara kita dapat mengurangkan jumlah ikan yang terpaksa diimport.
  • Ikan dan udang menjadi sumber pendapatan negara kerana ia dieksport ke Singapura, Jepun, United Kingdom dan Negeri Thai.

FAKTOR YANG MENGGALAKKAN KEGIATAN PERIKANAN
  • Kawasan perikanan yang luas - dikelilingi oleh kawasan perairan Selat Melaka, Laut China Selatan dan Selat Tebrau.
  • Terletak di atas pentas sunda - Pentas Sahul (Pelantar) yang kaya dengan ikan-ikan dan makanan ikan iaitu plankton - lautnya cetek dan kaya dengan ikan.
  •  Ikan dapat pasaran yang meluas kerana ia sumber protein yang murah dan mudah.
  • Pinggir pantai yang panjang sesuai dijadikan perkampungan nelayan.
  •  Hasil tangkapan merupakan sumber bahan mentah untuk buat keropok, belacan, cencaluk dsbnya.
PERBANDINGAN MENGAPA PERIKANAN PANTAI BARAT LEBIH PENTING DARIPADA PANTAI TIMUR

PANTAI BARAT

PANTAI TIMUR

Dapat dijalankan sepanjang tahun kerana tiada gangguan angin monsun (Monsun Timur laut & Monsun Barat Daya). Laut-nya tenang sepanjang tahun.

Tidak dapat dijalankan kerana laut bergelora (gangguan Monsun Timur Laut).

Gunakan cara tangkapan yang moden. Hasil lebih banyak (Kapal tangkapan moden yang lengkap dengan alat menyimpan ikan) - Nelayan berada di laut sehingga berminggu-minggu.

Cara tangkapan yang lama - hasil tangkapan sedikit (cara tradisional)

Kebanyakan nelayannya kaya - mampu sediakan alat tangkapan moden.

Nelayan tak mampu sediakan cara / alat tang-kapan moden
Banyak pelabuhan penda-ratan bot dan kapal perikanan.

Kekurangan pusat-pusat pendaratan ikan menye-babkan ikan-ikan menjadi rosak kerana tidak dapat dipasarkan dengan cepat.

Pasaran - permintaan ikan lebih banyak - banyak bandar besar dan kepa-datan penduduk tinggi.

Pasaran kurang meluas.

Banyak kemudahan untuk memproses, membeku dan mengetin ikan dan udang.
Hasil tangkapan kurang kerana :-

·         kurang kelengkapan
·         gangguan monsun timur laut

Sistem perhubungan - pengangkutan yang lengkap dan teratur - hasil tangkapan dapat dipasarkan dengan cepat dan mudah.

Sistem pengangkutan kurang maju - hasil tangkapan tidak dapat dipasarkan segera.

Jalankan perikanan laut dalam dan pinggir pantai.

Kebanyakan nelayannya hanya menjalankan kegiatan perikanan pinggir pantai.


JENIS-JENIS PERIKANAN
  • Perikanan pinggir laut
  • Perikanan laut dalam
  • Perikanan air tawar
  • Perikanan akuakultur (menternak ikan) 
Perikanan Pinggir Laut
      • Jenis perikanan yang terpenting
      • Melibatkan ramai nelayan tempatan - mendapatkan paling banyak ikan.
      • Dijalankan di kawasan 30km dari pantai.
      • Gunakan pukat hanyut, jala, pompang, tangkul
      • Hasil tangkapan seperti bawal, parang, kurau, ikan merah, ikan bilis, udang dan ketam.
      • Hasil tangkapan tidak banyak.
      Perikanan Laut Dalam
      • 30 - 300 km dari laut.
      • Menangkap ikan di tengah laut seperti Selat Melaka, Laut China Selatan dan Lautan Hindi.
      • Gunakan kaedah lengkap dengan peralatan moden - hasil tangkapan lebih banyak - pukat tunda
      • Berada di laut selama beberapa hari/minggu.
      • Hasil 60% jumlah pengeluaran ikan Malaysia. 
      • Hasil tangkapan tinggi.
      Perikanan Air Tawar

      • Melibatkan kegiatan menangkap ikan di kolam, tasik, paya, dan sungai.
      • Memelihara ikan di kolam, tasik, paya, sungai (dalam sangkar).
      • Jenis ikan yang ditangkap antaranya sepat, jelawat, haruan, keli dsbnya.
      • Gunakan jala, pukat, lukah, bubu, dan pancing.
      • Penternakan ikan, udang dan kerang ada juga dijalankan secara besar-besaran di kolam atau sangkar.
      • Sabah adalah pengeksport udang yang utama di Malaysia.

      Perikanan Akuakultur (Menternak Ikan)

      • Ikan dan udang diternak dalam kolam, kawasan paya atau sangkar.
      • Dijalankan dengan tujuan untuk menambah pengeluaran ikan.
      • Ada juga diternak secara besar-besaran (ikan talapia, kap rumput, jelawat dan kerang) dalam sangkar atau kolam.
      • Banyak diusahakan di Perak, Selangor, Kedah, Johor, Pualu Pinang, Sabah dan Terengganu.



         

        5 comments:

        1. Satu usaha yang baik.Bagaimana kalau dimuatkan gambar bot nelayan dan jenis pukat yang digunakan supaya mudah difahami oleh generasi yang berminat.

          Pengarah Pertanian
          Unit Perancang Ekonomi
          Jabatan Perdana Menteri

          ReplyDelete
        2. boleh x saya nak tanya..berapa batu nautika jarak nelayan boleh menangkap ikan di selat melaka???

          ReplyDelete
        3. terima kasih bagi info ini

          ReplyDelete
        4. tq atas info,sgt berguna sy mohon share ya

          ReplyDelete