Tuesday, 12 April 2011

LKIM LANCAR OPERASI PEMUTIHAN NELAYAN

Pihak tidak lagi ke laut ditarik elaun RM200

SEREMBAN: Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) melancarkan operasi pemutihan terhadap kira-kira 80,000 nelayan di seluruh negara berikutan ada nelayan yang tidak lagi turun ke laut, tetapi masih menerima bantuan elaun sara hidup RM200 sebulan. 

Tindakan itu bagi memastikan hanya nelayan yang benar-benar layak saja mendapat bantuan yang disediakan bertujuan meringankan beban hidup mereka.
Sumber LKIM berkata, operasi itu sudah dimulakan di seluruh negara melalui LKIM negeri yang menyiasat semula secara terperinci latar belakang setiap nelayan yang menerima bantuan dan status kehidupan terkini bagi memastikan maklumat diberikan benar.
“LKIM turut membuat rujukan silang berhubung semua aktiviti perikanan mereka melalui pangkalan data yang sentiasa dikemas kini bagi mengenal pasti nelayan yang sudah tidak turun ke laut,” katanya kepada Berita Harian, semalam. 

Katanya, operasi itu membabitkan semua penerima bantuan elaun sara hidup RM200 setiap bulan, iaitu program yang diperkenalkan sejak tiga tahun lalu bagi memastikan kebajikan nelayan terjamin. 

Kerajaan memperuntukkan kira-kira RM180 juta setiap tahun melalui program ini yang dikhususkan untuk nelayan yang memiliki bot ikan dan berlesen serta awak-awak yang aktif dalam aktiviti penangkapan ikan. 

Mengulas lanjut, sumber itu berkata, LKIM mempunyai keupayaan untuk mengesan nelayan yang tidak aktif melalui kejanggalan pada aktiviti harian nelayan terbabit yang direkodkan dalam pangkalan data. 
Sebagai contoh, katanya, ada nelayan menerima bantuan setiap bulan sedangkan rekod pengambilan diesel subsidi menunjukkannya tidak mengambil bahan itu untuk tempoh beberapa bulan, sekali gus mungkin bermakna nelayan terbabit tidak lagi turun ke laut. 

“Ini antara rujukan silang yang LKIM laksanakan untuk mengenal pasti nelayan sudah berhenti menangkap ikan kerana melakukan kerja lain, sekali gus menyebabkannya tidak lagi layak menerima bantuan,” katanya. 

Bagaimanapun, katanya, nelayan terbabit masih diberi peluang memberi penjelasan kepada LKIM kerana sesetengah nelayan mungkin masih turun ke laut, tetapi tidak mendapatkan diesel subsidi kerana lokasi pangkalan yang membekalkan bahan bakar itu jauh.

BERITA NELAYAN

Lanjut tempoh baharu lesen bot nelayan



BETONG: Tempoh memperbaharui lesen bot atau sampan milik nelayan dilanjutkan kepada tiga tahun berbanding setahun buat masa ini.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar, berkata keputusan itu selepas kementerian menerima banyak rungutan daripada masyarakat nelayan mendakwa menghadapi kesukaran berikutan tempoh sah laku lesen dianggap terlalu singkat.

Beliau berkata, keadaan itu turut menyebabkan mereka gagal mendapat bantuan subsidi diesel berikutan lesen bot sudah tamat tempoh atau gagal diperbaharui.
Menurutnya, faedah lain termasuk skim insurans untuk nelayan bagi memberi perlindungan dan membela nasib golongan itu jika mereka gagal ke laut akibat sakit atau dilanda musibah.

“Melalui skim ini, nelayan dan keluarga mereka mendapat lebih perlindungan, sebagai contoh, jika sakit atau rumah terbakar, pampasan akan diberikan secara terus oleh syarikat insurans.

“Secara tidak langsung mengurangkan masalah dihadapi nelayan, bayaran dikenakan juga tidak membebankan dan dibuat melalui potongan RM10 sebulan,” katanya.

KAMI :  menyokong benar tindakan yg diambil kerajaan ini.. dengan ini semua nelayan dapat menikmati pemberian subsidi yg diberikan oleh kerajaan.

Monday, 11 April 2011

LAWATAN KE PUSAT NELAYAN dan PEMBUATAN BOT DI TERENGGANU 5

JOM JENGUK2 NELAYAN DI SEBERANG TAKIR
Jom kita kenali Kampung Seberang Takir yang terletak dalam Daerah Kuala Terengganu. Jika dilihat dari segi kedudukan dan penduduknya, Seberang Takir adalah merupakan sebuah perkampungan nelayan, yang terletak di muara Sungai Terengganu dan sepanjang pesisir Laut China Selatan. Sejarah asalnya pada dahulu, Seberang Takir merupakan tanah buangan untuk para pesalah pada zaman kesultanan Terengganu yang terdahulu. Nama "Seberang" diperolehi kerana menyeberangi sungai jika berada di sebelah ShahBandar (Kuala Terengganu), manakala "Takir" wujud adalah dipercayai tempat ini dijadikan tempat untuk memotong (takir) sama ada tangan mahupun kaki mengikut kesalahan yang dilakukan. Sekarang kampung ini berkembang pesat dengan kemajuan yang menyeluruh. Tapi semuanya sudah berubah sekarang atas faktor pembangunan dari pelbagai aspek. Keindahan seberang Takir adalah salah satu faktor ianya dikenali serta kerana ianya mempamerkan keindahan perkampungan nelayan. 
 antara bot2 nelayan di seberang takir

pendapatan sampingan nelayan :  memproses  ikan menjadi ikan kering
Baru-baru ini, kami sempat meluangkan masa untuk merakamkan foto-foto pada waktu senja bagi tujuan untuk tatapan seluruh rakyat Malaysia amnya serta seantero dunia khasnya. kami begitu terpegun melihat anugerah keindahan yang begitu memukau sesiapa sahaja. Indahnya negeri bertuah, Terengganu Darul Iman kerana telah diberi pelbagai keindahan alam semulajadi. Bersesuaian ianya diikitiraf sebagai negeri Pelancongan unggul berlandaskan Alam semulajadi. Bersama-sama kita berkunjung ke Terengganu untuk melihat secara lebih dekat lagi keindahan yang banyak lagi perlu diterokai. 
 SUNGGUH INDAH CIPTAAN TUHAN INI

PEMBUATAN KAPAL DAN BOT PULAU DUYONG DI IKTIRAF DUNIA



SHAFIE (kanan), memperkatakan sesuatu mengenai kulit pokok gelam kepada hassan ketika mengadakan lawatan ke bengkel membuat bot di Pulau Duyung, Terengganu. Turut hadir, Pengarah Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Terengganu, Kamarulzaman Mera husin dan Pengurus Besar Karyaneka, Zuraidah Abdul Razak.
Kapal layar mega jadi warisan kebanggaan negara

KEHEBATAN pertukangan tangan Melayu nyata gah di serata dunia apabila pada 2005, seorang pembuat bot di Pulau Duyung Kuala Terengganu, Hassan Ali, 61, menyiapkan kapal layar milik warga Jerman, Christoph Swoboda, dalam tempoh masa hampir dua tahun.

Menyedari kepakaran kerja tangan anak tempatan, Kementerian Perpaduan, Kebudayaan Kesenian dan Warisan Malaysia (KPKKW) melalui agensinya, Kraftangan Malaysia, sudah memasukkan projek pembinaan kapal layar dan bot di Kampung Pulau Duyung sebagai satu daripada projek yang perlu diberi perhatian di bawah projek Satu Daerah Satu Industri (SDSI) sejak 2005. Pertukangan membuat kapal layar dan bot tradisional adalah kemahiran yang diwarisi secara turun temurun oleh penduduk di Kuala Terengganu, terutama di Pulau Duyong.

Melalui projek berkenaan, pengusaha bot terbabit diberi bantuan merangkumi pembinaan dan baik pulih bengkel pengeluaran, pembelian mesin dan jentera, pembelian peralatan kerja serta menyalurkan tenaga kerja di bawah Latihan Kemahiran Tenaga Kerja (LKTK).

Justeru, Kraftangan Malaysia bekerjasama dengan Hassan untuk membina kapal layar jenis Pinis yang bersaiz 22 meter panjang x 7.5 meter lebar bagi mengekalkan kepakaran anak tempatan boleh dilihat oleh semua rakyat Malaysia. Selain itu, kapal layar itu juga akan dihias dengan ukiran kraf apabila siap sepenuhnya kelak dalam tempoh 24 bulan pembinaannya.

Hassan yang melahirkan rasa terharu kerana dipilih membina kapal layar mega yang pastinya melakar sejarah peribadi terhadap dirinya dan lima anak buah berkata, pembinaan kapal layar tradisional itu tidak menggunakan paku dan ia dibina berasaskan kemahiran dan pengalaman yang dimiliki kumpulan tukang.

“Tidak menggunakan paku itu merujuk kepada kerja penyambungan papan yang dijadikan badan bot. Setiap papan dicantum menggunakan pasak kayu, tetapi tidak dinafikan ada bahagian lain yang dikemaskan menggunakan nat dan skru,” katanya ketika ditemui di bengkelnya di Kampung Pulau Duyung, baru-baru ini.

Hassan dibantu lima tenaga mahir, Azlan Hasni, Muhammad Ali, Amran Ghazali, Muda Muhammad dan Nik Ridzuan Nik Mohd. Kerja pembinaan yang dimulakan pada April 2007 itu dijangka siap sepenuhnya pada Mei ini.

Katanya, pembinaan kapal dimulakan dengan kerja membuat lunas sebelum kun atau rangka perut dibuat, manakala kun tajuk pula dibuat secara berasingan,

Kun perut akan dipasang pada lunas sebelum memasang linggi pada lunas haluan dan belakang. Kerja diteruskan dengan memasang kun tajuk pada kun perut dan memasang papan dinding luar bot. Perkara lain yang turut ditekankan dalam proses pembuatan kapal layar ialah ketepatan dari segi ukuran bahan yang digunakan kerana ia akan menentukan keseimbangan kapal apabila berada di dalam air.

“Tanpa keseimbangan, bot tidak akan boleh terapung dengan baik. Jika tidak terapung pada kedudukan yang sepatutnya, pelbagai masalah akan timbul dan inilah yang kami perlu elakkan,” katanya.

Beliau berkata, kerja pertukangan dilakukan secara berperingkat dan semua tugas mesti dilakukan dengan teliti kerana kesinambungan daripada pemasangan rutin itu menyumbang kepada keseimbangan yang diperlukan oleh kapal.

“Apabila sudah siap memasang rangka asas tadi, barulah kami memasang bahagian dinding bot menggunakan papan kayu cengal memandangkan kayu jenis ini adalah yang paling tahan dengan cuaca alam. Jarak setiap kun atau rangka ialah 38 sentimeter dan kira-kira 50 tan kayu cengal diperlukan untuk membuat kapal layar mega ini,” katanya.

Hassan berkata, struktur binaan kapal layar mega atau bot tradisional itu dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu bahagian bawah, bahagian tengah (tingkat dua) dan bahagian atas (dek).

Bahagian bawah menempatkan tangki minyak, enjin, jentera kuasa elektrik dan sistem penghawa dingin yang akan membekalkan hawa sejuk kepada keseluruhan ruang bot, manakala di tingkat dua pula dibina kabin dan dua bilik utama untuk petugas. Dua bilik utama itu seluas lebih kurang tiga meter panjang dan 2.5 meter panjang serta empat bilik bersaiz 1.5 meter panjang dan 2.5 meter lebar.

“Setiap ruang diambil kira, malah dek pada bahagian atas juga ada ukuran tertentu bagi di sesuaikan dengan saiz kapal. Setiap jenis bot mempunyai spesifikasi yang berbeza bergantung kepada jenis dan untuk apa bot itu dibuat.

“Bot yang digunakan oleh nelayan untuk menangkap ikan di laut dalam mempunyai perbezaan dengan bot pelayaran. Malah, perkiraan keseimbangan juga tidak sama kerana ada bot yang mempunyai model tinggi pada bahagian haluan dan ada pula yang tinggi pada bahagian dek belakang,” katanya.

Justeru, setiap sudut binaan dalam bot harus mengikut ukuran yang betul bagi menjamin mutu bot dan kedudukan yang stabil apabila diluncurkan ke air. Selain itu, teknik penjagaan yang betul juga menjamin kelangsungan hayat sesebuah bot.

“Ada banyak faktor yang menyumbang kepada ketahanan bot. Pertukangan yang baik, penjagaan dan pemeriksaan yang dilakukan secara berkala akan memastikan bot sentiasa dalam keadaan baik. Apabila berendam di dalam air, bot terdedah kepada serangan terilok, sejenis ulat air yang boleh merosak kayu. Untuk mengelakkan kayu rosak akibat ulat air, kami menggunakan kemasan gam getah daripada kayu pokok gelam,” katanya.

Dengan pembinaan kapal layar bersaiz mega itu yang akan diberi kemasan terakhir seperti ukiran dan dihiasi produk kraf tangan, usaha KPKKW melalui agensinya, Kraftangan Malaysia, dijangka menarik perhatian penggemar kraf tempatan dan pelancong asing untuk terus mengunjungi negeri warisan pesisir itu sekali gus menjana pendapatan ekonomi negeri dan negara.

Sebagai tanda sokongan, Menteri Perpaduan, Kebudayaan Kesenian dan Warisan Malaysia (KPKKW), Datuk Seri Shafie Apdal (kanan), turut melawat bengkel membuat kapal layar milik Hassan, baru-baru ini.

Usaha yang baik ini wajar diperluaskan kerana manfaat yang bakal diperoleh bukan saja daripada aspek ekonomi, tetapi warisan dan kemahiran tempatan juga akan terus dinikmati generasi akan datang.

RAHSIA PEMBUATAN BOT PULAU DUYONG

RAHSIA PEMBUATAN BOT PULAU DUYONG
Tidak menggunakan paku itu merujuk kepada kerja penyambungan papan yang dijadikan badan bot. Setiap papan dicantum menggunakan pasak kayu, tetapi tidak dinafikan ada bahagian lain yang dikemaskan menggunakan nat dan skru,”
DI sinilah keistimewaanyan..ruang antara papan akan lapiskan dengan kulit pokok gelam..ketahanan kulit ini memang terbukti dari kayu mereput dalam air.

                                              kulit pokok gelam sebelum dipasang pada bot


         kayu cengal dipilih dalam pembuatan bot..kayu jenis ini paling tahan dengan cuaca alam

kayu cengal dilicinkan sebelum digunakn untk membuat bot...HASIL KERJA YG HALUS

LAWATAN KE PUSAT NELAYAN dan PEMBUATAN BOT DI TERENGGANU 53

DESTINASI SETERUSNYA : JETI NELAYAN PULAU DUYONG
bot nelayan laut dalam berlabuh di jeti..dek musim tengkujuh yang xhabis ag




bot menangkap ketam..


gambar di atas 2,bubu yang digunakan untuk menangkap ketam dan ikan