Monday 11 April 2011

LAWATAN KE PUSAT NELAYAN dan PEMBUATAN BOT DI TERENGGANU 5

JOM JENGUK2 NELAYAN DI SEBERANG TAKIR
Jom kita kenali Kampung Seberang Takir yang terletak dalam Daerah Kuala Terengganu. Jika dilihat dari segi kedudukan dan penduduknya, Seberang Takir adalah merupakan sebuah perkampungan nelayan, yang terletak di muara Sungai Terengganu dan sepanjang pesisir Laut China Selatan. Sejarah asalnya pada dahulu, Seberang Takir merupakan tanah buangan untuk para pesalah pada zaman kesultanan Terengganu yang terdahulu. Nama "Seberang" diperolehi kerana menyeberangi sungai jika berada di sebelah ShahBandar (Kuala Terengganu), manakala "Takir" wujud adalah dipercayai tempat ini dijadikan tempat untuk memotong (takir) sama ada tangan mahupun kaki mengikut kesalahan yang dilakukan. Sekarang kampung ini berkembang pesat dengan kemajuan yang menyeluruh. Tapi semuanya sudah berubah sekarang atas faktor pembangunan dari pelbagai aspek. Keindahan seberang Takir adalah salah satu faktor ianya dikenali serta kerana ianya mempamerkan keindahan perkampungan nelayan. 
 antara bot2 nelayan di seberang takir

pendapatan sampingan nelayan :  memproses  ikan menjadi ikan kering
Baru-baru ini, kami sempat meluangkan masa untuk merakamkan foto-foto pada waktu senja bagi tujuan untuk tatapan seluruh rakyat Malaysia amnya serta seantero dunia khasnya. kami begitu terpegun melihat anugerah keindahan yang begitu memukau sesiapa sahaja. Indahnya negeri bertuah, Terengganu Darul Iman kerana telah diberi pelbagai keindahan alam semulajadi. Bersesuaian ianya diikitiraf sebagai negeri Pelancongan unggul berlandaskan Alam semulajadi. Bersama-sama kita berkunjung ke Terengganu untuk melihat secara lebih dekat lagi keindahan yang banyak lagi perlu diterokai. 
 SUNGGUH INDAH CIPTAAN TUHAN INI

3 comments:

  1. kampung ni cantik la...perkampungan nelayan ke? tak sabar rasanya nak ke kg seberang takir,...program baktisiswa...

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum..saya pelajar dari ipt..saya dan rakan saya nak buat lawatan ke pembuatan bot..boleh saya nak mintak no untuk berurusan dengan mereka..tq

    ReplyDelete
  3. Harrah's Casino - Harrahs Las Vegas - Mapyro
    View 광주 출장마사지 Harrah's Casino 군산 출장안마 in Las Vegas 광명 출장샵 (NV), revenue, industry 제주도 출장안마 and 포천 출장마사지

    ReplyDelete